Wasiat Terbaru Ustadz Abu Bakar Ba'asyir untuk Para Mujahid

2.12.10

Dr. Abdullah Azzam Rahimahullah


26 November 1989, Dr. Abdullah Azzam dikurniakan syahid setelah berjihad di bumi Palestin dan Afghanistan. 26 November 2007, genaplah 18 tahun pemergian beliau. Peribadi kebanggaan umat. Seorang ulama’ yang memilih untuk hidup sebagai mujahidin, meninggalkan segala kesenangan hidup dan pendapatan yang lumayan. Kisah syahidnya diketahui oleh semua. Beliau akan terus menjadi qudwah kepada mujahidin dan pendakwah sepanjang zaman. Moga Allah menerima ruhnya dan menggantikan kepada umat ini mujahid seumpamanya.
Saya kongsikan di sini beberapa kisah menarik di dalam kehidupan beliau sebelum beliau berjihad di bumi Afghanistan untuk dijadikan renungan dan teladan buat kita.
Permulaan Jihad
Beliau mula mendapat pentarbiahan Ikhwan Muslimin sejak berusia10 tahun. Pernah menziarahi Syeikh Abdul Rahman Khalifah, Muraqib Am Ikhwan Jordan ketika itu. Mula terlibat dengan jihad ketika berusia 26 tahun bermula dari tahun 1967 (tahun penjajahan Palestin keseluruhannya). Berpindah ke Jordan dengan berjalan kaki selama 10 hari setelah keseluruhan Palestin dijajah oleh Yahudi. Meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan dua orang anak di sempadan Jordan – Palestin untuk mula aktif di medan jihad. Ketika isterinya melahirkan anak ketiga mereka, beliau berada di medan jihad di Palestin.
Tekanan Di Mesir
Pada tahun 1970 beliau dan keluarga berpindah ke Mesir untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Berjaya menamatkan PhD di dalam bidang Usul Fiqh di Universiti al-Azhar dalam tempoh yang cukup singkat iaitu setahun lapan bulan. Dikenakan pelbagai tekanan ketika berada di Mesir, di antaranya cubaan untuk memberhentikannya dari al-Azhar dan mengeluarkan beliau dari Mesir. Tekanan-tekanan dikenakan sehingga beliau dan keluarganya terpaksa berpindah di antara 20 buah rumah dalam tempoh tidak sampai dua tahun.
Dakwah di Jordan
Pada tahun 1972 beliau ke Jordan dan bekerja selama lapan tahun di Universiti Jordan. Di situ beliau berjaya menarik ramai pemuda untuk terlibat di dalam jihad di Palestin. Selepas hanya sebulan bekerja di Jordan, beliau berjaya menarik ramai pemuda untuk keluar ke medan jihad di sempadan Jordan – Palestin selama tiga hari, pada minggu terakhir setiap bulan.
Pemecatan Dari Universiti Jordan
Pada tahun 1980 berlaku perselisihan di antara beliau dan Perdana Menteri Jordan ketika itu disebabkan satu karikatur yang disebarkan di dalam sebuah akhbar utama tempatan. Akhbar tersebut menyiarkan satu lukisan yang menggambarkan umat Islam sebagai ajen Amerika Syarikat. Beliau telah menalipon akhbar tersebut dan bercakap dengan pelukis karikatur tersebut. Setelah berlaku perdebatan dan pelukis tersebut menolak untuk meminta maaf, as-Syahid Abdullah Azzam berkata kepadanya: “Jika kamu tidak meminta maaf esok di dalam akhbar itu sendiri, kamu akan melihat akibatnya. Kamu memiliki akhbar dan kami memiliki minbar. Jordan; dari utara ke selatan akan bercakap tentang isu ini. Kami akan memboikot akhbar kamu. Bukalah gudang kamu untuk kamu menyimpan akhbar kamu.”
Pelukis tersebut yang merupakan adik ipar Perdana Menteri telah menghubungi Perdana Menteri. As-Syahid Abdullah Azzam telah dipaksa agar meminta maaf tetapi beliau enggan. Satu dakwaan dikenakan ke atas beliau tetapi beliau berjaya di dalam kes tersebut. Tidak sampai sebulan dari peristiwa tersebut beliau telah dipecat dari jawatannya sebagai pensyarah.
Selepas peristiwa tersebut mereka telah berpindah ke Arab Saudi dan as-Syahid bekerja sebagai pensyarah di sana. Tetapi ianya hanya untuk sembilan bulan sahaja.
Konspirasi di Saudi
Ketika mula-mula beliau sampai di Saudi, beliau mula terdengar tentang berita jihad di Afghanistan. Di situ beliau mula memikirkan bagaimana caranya untuk ke Afghanistan dan membatalkan kontrak lima tahun perkhidmatan dengan universiti. Isterinya menceritakan betapa gelisahnya as-Syahid ketika itu: “Saya merasakan bahawa pada setiap kali beliau masuk tidur, beliau seolah-olah tidur di atas bara api. Berpindah menggolekkan badannya dari satu tempat ke tempat yang lain sambil merintih-rintih meminta Allah memberikan jalan keluar.”
Kerajaan Saudi pada masa itu mula merasakan bahaya kewujudan Abdullah Azzam di bumi Saudi. Mereka mengeluarkan satu iklan tawaran untuk pensyarah yang berminat untuk dipinjamkan ke Pakistan dalam program pertukaran pensyarah. Abdullah Azzam mendaftarkan diri untuk perpindahan tersebut. Rupa-rupanya selepas beliau mendaftarkan dirinya, iklan tersebut ditutup dan beliau adalah calon tunggal yang mendaftarkan diri. Iklan tersebut rupanya dibuat khusus untuk mengeluarkan beliau dari Saudi.
Tiga Pilihan Buat Isteri
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Isteri beliau menceritakan tentang nekad Abdullah Azzam untuk berjihad di Afghanistan:
Azzam kembali ke rumah dan berkata kepadaku: “Kemas pakaian kamu ke dalam beg. Saya tidak tahu ke mana kita akan pergi. Saya juga tidak mahu menyebut ke mana kita akan pergi.”
Kemudian beliau lebih membingungkan saya apabila beliau berkata kepada saya: “Saya akan berpindah dan kamu mempunyai tiga pilihan. Saya tidak mahu mendengar pilihan kamu sekarang. Fikirkan selama seminggu. Jika kamu ingin duduk di rumah ini di Saudi, kamu boleh lakukannya. Ini adalah rumah untuk seorang profesor universiti. Rumah seumpama istana dan perabotnya semua buatan Eropah. Kamu akan mendapat kereta buatan Amerika dengan pemandunya sekali. Yuran pengajian anak-anak semua ditanggung oleh universiti. Gaji saya semuanya adalah untuk kamu. Atau (pilihan kedua) kamu juga boleh kembali ke Jordan. Kamu akan tetap mendapat rumah dan kenderaan serta hidup di tengah-tengah keluarga, rakan-rakan dan kesayanganmu. Atau (pilihan ketiga) kamu ikut saya dan bersedia untuk menghadapi apa juga suasana yang akan menimpa. Saya tidak bertanggungjawab atas apa pilihanmu. Fikirkan dan mintalah pandangan orang lain. Moga-moga Tuhan akan mengurniakan kamu keteguhan dan kematangan.”
Kemudian beliau membawa saya ke rumah yang disediakan oleh pihak universiti. Saya tidak pernah melihat rumah itu sebelum ini kerana sejak tiba ke Saudi, saya lebih suka tinggal di rumah yang berhampiran dengan Masjidil Haram.
Saya tidak sabar untuk menunggu seminggu. Saya cuma mampu bertahan sehari sahaja. Selepas itu saya berkata kepadanya: “Kenapa kamu memberikan saya tiga pilihan? Kamu lari dari tanggungjawab. Saya mempunyai anak-anak yang perlukan bapa. Apa yang mampu dilakukan oleh rumah yang besar dan saudara mara? Kamu meninggalkan saya dengan bebanan 7 orang anak; empat lelaki dan tiga perempuan. Bagaimana saya mampu menanggung semua ini bersendirian? Saya tidak mahu tinggal di sini atau di Jordan. Jika kamu tergantung di udara sekali pun, kami akan tetap bersama kamu.”
Abdullah Azzam bertakbir kegembiraan lalu berkata: “Demi Allah, kamu memilih apa yang saya pilih. Itu lebih menggembirakan saya dari pilihan-pilihan yang lain.
Kisah Rezeki di Pakistan
Tiba di Pakistan, Abdullah Azzam meminta agar pihak pengurusan universiti menghimpunkan kelasnya pada dua hari sahaja seminggu. Dia akan berada di Pakistan selama dua hari dan berada di medan jihad di Afghanistan selama lima hari. Ini berterusan selama tiga tahun.
Ada cubaan untuk mengembalikannya ke Saudi setelah mereka mendapati bahawa beliau lebih merbahaya jika berada di Pakistan daripada di Saudi. Ketika beliau ingin memperbaharui visanya, urusan tersebut tidak berjaya dilakukan. Alasan yang diberikan adalah kerana dia diperlukan di Saudi dan tidak lagi di Pakistan. Sebenarnya setiap kali beliau memperbaharui visa, beliau akan membawa di dalam poketnya surat perletakan jawatan dan menjangkakan bahawa perkara tersebut akan berlaku. Beliau terus mengemukakan surat perletakan jawatan tersebut dan memilih untuk hidup sebagai mujahid di bumi Afghanistan.
Tidak lama selepas itu, Rabitoh Alam Islami yang mendengar berita perletakan jawatannya itu menawarkan kepada beliau kerja di Rabitah Alam Islami dengan separuh dari gaji beliau di universiti. Demikianlah benar apa yang dijanjikan Allah: “Di langit itu rezeki kamu dan apa yang dijanjikan untuk kamu.” (Az-Zariyat: 22)
Gambaran Kehidupan Sebuah Keluarga Mujahidin
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Isteri beliau menceritakan: “Kami berpindah ke rumah seluas 2.5 x 3 meter. Di situlah dapur. Di situlah ruang tamu. Di situlah bilik tidur. Bahkan kami mandi di situ juga.”
Beliau menceritakan lagi: “Apabila waktu tidur, saya akan membariskan anak-anak saya dan saya tidur dihujung kaki mereka. Apabila masuk waktu Subuh, tidak ada ruang untuk solat Subuh. Saya mengambil wudhu’ di situ dan solat di situ.”
Tentang pendidikan anak-anak beliau berkata: “Anak-anak saya sudah besar. Mereka perlu kepada sekolah Arab. Di sana tidak ada sekolah Arab kecuali sekolah Libya yang bercampur di antara lelaki dan perempuan. Saya tidak dapat mencarikan sekolah yang sesuai untuk anak-anak perempuan saya sedangkan mereka sudah sepatutnya masuk sekolah menengah. Anak-anak lelaki masih di sekolah rendah, jadi saya hantar mereka ke sekolah Libya. Manakala anak-anak perempuan belajar di rumah. Saya meminta pertolongan beberapa orang guru perempuan untuk mengajar mereka. Saya mendaftarkan anak-anak perempuan saya di Kedutaan Mesir dan mengambil peperiksaan di sana. Mereka mendapat sijil mereka dari Kedutaan Mesir.”
Qudwah
Demikianlah sedikit kisah tentang permulaan jihad as-Syahid Dr. Abdullah Azzam di bumi Afghanistan. Moga-moga Allah memberikan kita kekuatan untuk mencontohinya.

23.11.10

Jiwa Para Perindu Syahid

 

Bismillahirohmanirrohim……………..
Setiap manusia akan mati, dan sebaik-baik kematian ialah mati syahid. Dan syahid di medan jihad lebih utama dari macam-macam bentuk syahid di tempat yang lain. Tidak ada seorang yang benar imannya melainkan pasti dia merindukan mati syahid.
Berita syahid dalam Al Qur’an:
Allah I berfirman:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman.”[1]
Berita syahid dalam Sunnah:

Dari Jabir t ia berkata:
Ketika Abdullah bin ‘Amr bin Haram gugur dalam peperangan Uhud, Rasulullah bersabda kepada Jabir: Hai Jabir! Apakah kau ingin mendengar kabar tentang ayahmu? Bagaimana Allah memperlakukannya? Jabir menjawab: Ya, aku ingin mendengarnya. Rasulullah bersabda: Tidak sekali-kali Allah berfirman kepada seseorang kecuali hanya berbicara dari balik hijab. Tetapi Allah berbicara dengan ayahmu tanpa aling-aling. Allah mengatakan kepada ayahmu: Hai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Ayahmu menjawab: Wahai Rabbku, biarkanlah hamba hidup lagi, maka hamba akan berperang lagi untuk-Mu yang kedua kalinya. Allah mengatakan: Hal itu telah Aku tentukan, bahwa siapa saja yang telah mati takkan bisa hidup kembali di dunia. Kemudian ayahmu memohon lagi: Wahai Rabbku, beritahukan orang-orang yang sesudahku nanti. Setelah itu Allah menurunkan ayat – QS Ali ‘Imran, 3: 169.[2]
Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah n bersabda:

Rasulullah bertanya (kepada pada sahabat): “Siapa yang kalian anggap syuhada’ di antara kalian? Mereka menjawab: Siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dialah syahid. Berujarlah beliau: Jika demikian, tentu orang-orang yang mati syahid dari ummatkusangat sedikit? Merekapun bertanya: Jadi, siapa ya Rasulullah? Beliau berkata: Barangsiapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid; dan barangsiapa yang mati terkena wabah penyakit, maka dia syahid; dan barangsiapa yang mati karena sakit perut maka dia syahid. Berkata Ibnu Miqsam: Aku bersaksiatas bapakmu –yakni Abu Shalih- bahwasanya dia berkata: Dan orang yang mati tenggelam adalah syahid.”[3]
Rasulullah n bersabda:
“Barangsiapa yang terbunuh karena membela hartanya, maka dia syahid; dan barangsiapa yang terbunuh karena membela darahnya, maka dia syahid; barangsiapa yang terbunuh karena membela Diennya, maka dia syahid; dan barangsiapa yang terbunuh karena keluarganya, maka dia syahid.”[4]

“Barangsiapa yang keluar di jalan Allah (berjihad) lalu mati, atau terbunuh, maka ia syahid; atau dilemparkan kuda atau untanyahingga mati, atau disengat binatang berbisa, atau mati di atas tempat tidurnya dengan cara kematian apapun yang dikehendaki Allah, maka sesungguhnya dia syahid, dan dia akan memperoleh surga.”[5]

“Barangsiapa yang memohon syahadah (kematian syahid) kepada Allah dengan benar/jujur, maka Allah akan mengantarkannaya kepada kedudukan syuhada’, meski dia tidur di atas tempat tidurnya.”[6]
Macam-macam mati syahid
Orang-orang yang mati syahid banyak kategorinya, ada yang syahid akhirat, syahid dunia dan syahid dunia akhirat. Orang yang syahid akhirat banyak contohnya seperti: orang yang mati sebagai ahli ilmu, atau sewaktu menuntut ilmu, atau ketika tengah melakukan ribath (berjaga di medan jihad), atau ketika berhaji, atau karena sakit panas, atau karena keruntuhan, atau terbunuh dalam keadaan teraniaya, dll.
Bersabda Rasulullah n:
“Amma ba’du … kematian yang paling mulia/terhormat adalah terbunuh sebagai syuhada’…”[7]
Para fuqoha’ membagi syahid menjadi tiga macam, secara terperinci dalam madzhab-madzhab … namun secara umum adalah sebagai berikut:
a)    Syahid dunia dan akhirat: yakni orang yang terbunuh dengan sebab memerangi orang-orang kafir, meninggikan kalimat Allah tanpa disertai kenifakan, riya’, ataupun ghulul dari harta ghanimah… inilah dia syahid yang sempurna, dan merupakan bentuk syahadah yang paling utama, dan orangnya mendapatkan pahala yang paling besar.
b)    Syahid dunia saja: yakni orang yang berperang (dan terbunuh) karena mencari ghanimah, atau karena riya’, atau karena kenifakan.. yang seperti ini tidak mendapatkan pahala, namun tetap diperlakukan atasnya hukum-hukum yang lahir. Kedua golongan syuhada’ ini diberlakukan atas mereka hukum-hukum orang yang syahid:
  • Menurut golongan Hanafi: Tidak dimandikan, tidak dikafani, dan dishalatkan jenazahnya.
  • Menurut golongan Hanbali: Tidak dimandikan, tidak dikafani, dan tidak dishalatkan jenazahnya.
  • Menurut golongan Maliki: Tidak dimandikan, tidak dikafani, dan tidak dishalatkan jenazahnya.
  • Menurut golongan Syafi’ie: Tidak dimandikan, tidak dikafani, dan tidak dishalatkan jenazahnya.
c)    Syahid akhirat saja: yakni orang yang mati karena keruntuhan sesuatu, atau karena tenggelam, atau karena ha semisalnya sebagaimana telah dinyatakan dalam hadits-hadits Nabi. Syahid yang seperti ini dimandikan, dikafani, dan dishalati jenazahnya; secara terperinci dalam madzhab-madzhab: Bagi yang ingin menelaahnya secara mendalam silahkan merujuk kepada kitab-kitab tersebut.[8]

Kemuliaan Mujahidin dan Syuhada’.[9]

  1. Bagi mereka seagung-agung pahala.
  2. Pahala amal mengalir terus.
  3. Mereka akan hidup terus, dan diberi rizki. (lihat QS Ali-‘Imran, 3: 169)
  4. Mereka terdinding dari neraka.
  5. Pahala amal mereka berlipat ganda.
  6. Mereka adalah tamu-tamu Allah dan terjamin pahalanya.
  7. Bagi mereka ampunan Allah dan do’a mereka mustajab.
  8. Mereka ingin syahid berulang kali karena kemuliaan mereka di sisi Alah.
  9. Mereka dihiasi dan dilindungi oleh para malaikat.
10.  Mati syahid, sakitnya seperti dicubit, tidak merasakan siksa kubur dan aman dari kegoncangan yang besar di hari kiamat dan mereka tahu tempatnya di Jannah.
11.  Mereka akan dikawinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafa’at 70 orang ahli keluarga.
12.  Mereka dibangkitkan dalam keadaan gagah perkasa, dengan luka-luka mereka masih baru dengan darah yang masih menetes.
13.  Jannah yang kekal abadi tempat kediaman mereka.
14.  Mereka adalah sebaik-baik manusia, Allah mencintai mereka dan tertawa kepada mereka.
15.  Roh mereka berada dalam tubuh-tubuh burung.
Dari Nu’ai  bin Hammar t berkata, bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah:
“Syuhada yang manakah paling utama?” “Orang yang bertemu musuh dalam barisan perang, mereka tidak memalingkan wajah-wajah mereka sehingga mereka terbunuh. Mereka akan berjalan di ruangan Jannah yang tertinggi, Allah tertawa melihat mereka dan apabila Allah tertawa kepada hamba-Nya di dunia, maka dia tak akan mengalami hisab.”[10]
Miqdam Ibnu Ma’dikariba berkata, bahwasanya Rasulullah n bersabda:
“Bagi orang yang syahid terdapat 6 hal yang akan diterimanya, yaitu: Pertama, Allah memberi ampunan ketika pertama kali bergerak dan akan melihat tempatnya di Jannah. Kedua, selamat dari siksa kubur. Ketiga, selamat dari goncangan hari kiamat. Keempat, akan diberikan kepadanya mahkota kebesaran yang terbuat dari permata Yaqut sebagai tanda kehormatan yang jauh lebih mahal daripada dunia seisinya. Kelima, akan dikawinkan dengan 72 bidadari bermata jeli. Dan keenam, dapat memberi syafa’at kepada 70 keluarganya.”[11]
Itulah diantara keistimewaan para syuhada’ dan mujahidin yang berjihad di jalan Allah. Bagi yang ingin memperdalam pemahamannya tentang perkara ini silahkan dia membaca kitab-kitab yang menguraikan masalah ini seperti Kitabul Jihad, Imam Ibnul Mubarak, al Jihaad Sabiiluna, Syaikh Abdul Baqie Ramdhun, Rajulun Shalih: Abu Muhammad Jibril, dll.

[1].     QS Ali ‘Imran, 3: 169-171. [2].     HR Ibnu Majah – no: 2790.
[3].     HR Muslim, no – 3539.
[4].     HR Ahmad – no: 1565, Abu Dawud – no: 4142, at Tirmidzi – no: 1341, an Nasa’ie – no: 4027…
[5].     HR Abu Dawud – no: 2138.
[6].     HR Muslim – no: 3532, Abu Dawud – no: 1299, at Tirmidzi – no: 1577, an Nasa’ie – no: 2111…
[7].     HR Bukhari dan yang lain – shahih –
[8].     Kitabil Fiqh ‘ala al Madzaahib al Arba’ah oleh al Jaza’iri, juz 1, dinukil secara bebas. Lihat Kitab al Jihaad Sabiiluna, hal 198-200.
[9].     Dinukil bebas dari Karakteristik Lelaki Shalih, hal. 181-197. cet. Oktober 2005
[10].   HR Ahmad – no: 21438.
[11].   HR Ahmad – no: 16553, 17115; Tirmidzi – no: 1586; Ibnu Majah – no: 2789.
Jazakallah khairal jazaa’…………………………………..^_^